Monday, April 29, 2013

KATEGORI PEREMPUAN 12 TAHUN BERLANGSUNG HARI INI

BANDAR TENGGARA : 30 April 2013


Mendengar taklimat
Skuad sofbol Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 2 dan SK Kangkar Pulai bertanding di peringkat akhir pada Pertandingan Sofbol MSS Daerah Kulaijaya yang berlangsung di padang SMK Bandar Tenggara 2.

SK Bandar Tenggara 2:
Pengurus :Mohd Azizul Amri Nawi.
Capron : Lily Suriati Junit
Jurulatih 1: Khairil Amri Bakhari
Jurulatih 2: Mohd Syaieza Riduan

MENGULANGI KEJAYAAN TAHUN LEPAS, SMKBT 2 MUNCUL JUARA SOFBOL PEREMPUAN 18 TAHUN

BANDAR TENGGARA : 29 April 2013

SMK Bandar Tenggara 2 - P18
Johan
KULAIJAYA : Skuad perempuan bawah 18 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2, berjaya menumpaskan SMK Tunku Abdul Rahman Putra 9-2 sekali gus mempertahankan kejuaraan pada Pertandingan Sofbol Sekolah-sekolah (MSS) Daerah Kulaijaya 2013.

Kejayaan cemerlang skuad sofbol sekolah ini terserlah apabila sekolah ini berjaya  mengalahkan SMK Bandar Tenggara, SMK Kangkar Pulai dan SMK Kulai Besar dengan skor yang besar. SMK Tunku Abdul Rahman Putra berada di tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Kangkar Pulai.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara 2, Hj Shahrom Sukari lewat petang semalam. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru cemerlang SMK Bandar Tenggara, Hamzah Rahman Soriat, Penolong Kanan (PK) Kokurikulum, Hj Mohd Soud Othman dan Ahmad Survi dari SMK Bandar Tenggara.

Pengetua, SMK Bandar Tenggara 2, Hj Shahrom Sukari
menyampaikan hadiah dah sijil kepada pemenang.
Pengurus pasukan SMK Bandar Tenggara 2, Maslina Ayup nyata gembira dan berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya merangkul gelaran itu.

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Tenggara 2 ditemui berkata, kemenangan itu tidak akan dikecapi tanpa program pembangunan yang baik dan komitmen dari jurulatih, pemain, ibu bapa dan pihak sekolah. Tahniah kepada jurulatih utama sekolah yang diketuai oleh Mohd Yusof Hussein, Shamsudin Dawam dan Farahaizat Anuar.

Dari kiri: Nurul Izzah Awalluddin, Hayatul Islah Mohamad Mohid, Nuru Sofea Rosli (catcher) dan Nur Nabilah Izzati M. Sapiee (pitcher)
Keempat-empat pemain ini pernah merangkul kejayaan semasa di peringkat sekolah rendah lagi. Katanya terima kasih kepada jurulatih Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 2 iaitu Fayzan Qorie Mohd Yusof, Amri Bukhari dan Lily Suriati Junit.

Nur Nabilah Izzati M. Sapiee, pengalaman yang dilalui amat berguna kepada saya untuk lebih berjaya lagi di masa-masa akan datang. Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi pemain yang terkemuka di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.