Tuesday, April 30, 2013

SMK SERI PINANG JUARA SOFBOL KATEGORI LELAKI 18 TAHUN

KULAIJAYA: 30 April 2013

SMK Seri Pinang
Juara Pertandingan Sofbol, Kategori L18
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang merupakan pasukan "underdog" yang memberi tentangan hebat kepada pasukan SMK Bandar Tenggara 2 di bawah kategori lelaki 18 tahun. Kemenangan tipis mengalahkan sekolah tersebut menjadi satu kayu ukur kepada pencapaian seterusnya.

Sekolah ini berjaya menumpaskan SMK Bandar Tenggara 2, 3-2, SMK Kangkar Pulai 11-1 dan SMK Kulai Besar 17-0, sekali gus menjadi juara pada Pertandingan Sofbol MSS Daerah Kulaijaya 2013 yang telah berlangsung selama dua hari di padang SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya.

SK Bandar Tenggara 2,
Johan kategori perempuan 12 tahun
Ketangkasan "pitcher", "catcher" dan "base line" merupakan penentu kejayaan sesebuah pasukan. Pemain-pemain perlulah bijak, yakin dan berfokus untuk menamatkan larian sehingga ke garisan penamat iaitu "home" apabila peluang terbuka luas. Oleh itu kejayaan sesuatu pasukan bergantung penuh kepada persefahaman semua pemain dan kebijaksanaan jurulatih mengatur strategi. Permainan sofbol adalah sesuatu permainan yang penuh tektikal dan dramatik.

Keadaan ini berlaku ketika perlawanan di antara Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1 menentang SK Kangkar Pulai. Walau pun cahaya matahari memancar terik, sorakkan penyokong dan penonton memecah kesunyian. SK Bandar Tenggara 2 menang dengan penuh bergaya apabila mengalahkan pasukan lawan dengan skor 15-1 dalam tempoh kurang daripada 1 jam.

Sebanyak tujuh belas kali perlawanan telah berlangsung selama dua hari bermula Isnin lepas. Dari segi penghakiman, seramai empat orang pengadil telah melaksanakan tugasnya. Mereka adalah terdiri daripada Mohd Zaki Mohd Uda, Mohd Azman Ahmad Sukri, Abdurraman Syah Ismail, Putra Muhammad Faiz Fakhrurrazi dan Khairil Amri Bakhari.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SK Bandar Tenggara 1, Mohamad Yusof Hussein lewat petang semalam. Turut mengiringi beliau dalam majlis itu ialah pengerusi teknik sofbol daerah, Suhaimi Kassim. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Kanan Kokurikulum Ahmad Survi, Guru Bimbingan dan Kaunselor, Salmah Othman dan guru-guru SMK Bandar Tenggara 2.


Guru Besar, SK Bandar Tenggara 1
Menyamoaikan hadiah
Pengerusi teknik daerah Kulaijaya, Suhaimi Kassim ditemui berkata dari peringkat sekolah rendahlah bermulanya seseorang pemain sofbol yang baik. Pemain perlu didedahkan dengan asas permainan sofbol, mengetahui peralatan sofbol, saiz gelanggang, kedudukan pemain, peranan catcher dan pitcher serta teknik-teknik dalam  permainan dan pertandingan. Harapan beliau, semoga penyertaan di peringkat sekolah rendah akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang.

Suhaimi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan ini khusus kepada Unit Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, SMK Bandar Tenggara selaku pengelola dan SMK Bandar Tenggara 2 sebagai tuan rumah.

SK BANDAR TENGGARA 2 MENJUARAI PERMAINAN SOFBOL KATEGORI PEREMPUAN 12 TAHUN


KULAIJAYA: 30 April 2013

Skuad Sofbol, SK Bandar Tenggara 2
Johan Kategori P12 Tahun
Ketangkasan "pitcher", "catcher" dan "base line" merupakan penentu kejayaan sesebuah pasukan. Pemain-pemain perlulah bijak, yakin dan berfokus untuk menamatkan larian sehingga ke garisan penamat iaitu "home" apabila peluang terbuka luas. Oleh itu kejayaan sesuatu pasukan bergantung penuh kepada persefahaman semua pemain dan kebijaksanaan jurulatih mengatur strategi. Permainan sofbol adalah sesuatu permainan yang penuh tektikal dan dramatik.

Keadaan ini berlaku ketika perlawanan di antara Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1 menentang SK Kangkar Pulai. Walau pun cahaya matahari memancar terik, suara-suara penyokong dan penonton memecah kesunyian. Akhirnya SK Bandar Tenggara 2 menang dengan penuh bergaya apabila mengalahkan pasukan lawan dengan skor 15-1 dalam tempoh kurang daripada 1 jam. 

Pengerusi teknik daerah Kulaijaya, Suhaimi Kassim ditemui berkata dari peringkat sekolah rendahlah bermulanya sesorang pemain itu. Pemain perlu didedahkan dengan asas permainan sofbol, mengetahui peralatan sofbol, saiz gelanggang, kedudukan pemain, peranan catcher dan pitcher serta teknik-teknik permainan.

Harapan beliau, semoga penyertaan di peringkat sekolah rendah akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan ini khusus kepada pengurusan SMK Bandar Tenggara selaku pengelola dan SMK Bandar Tenggara 2 sebagai tuan rumah.
  

TERKENA BOLA SOFBOL DI BAHAGIAN KEPALA

Terkena bola sofbol ketika berjalan kaki

Terkena bola sofbol dalam permainan
Seorang pemain dan seorang kanak-kanak terkena bola sofbol ketika pertandingan sedang berlangsung. Kejadian yang tidak diduga ini boleh berlaku kepada sesiapa, yang terbaik jaga diri, jangan terlalu dekat dengan kawasan pertandingan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Sebuah kereta seorang guru juga dilaporkan terkena lantunan bola sofbol dan didapati kemek di bahagian tepi pintu.