Sejarah

LATAR BELAKANG SUKAN SOFBOL


Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada
peringkat awal, permainan ini dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. 

Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini meskipun ada persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas dari segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih besar dan lembut sementara hujung bat yang digunakan pula lebih kecil. 

Permainan ini lebih popular dimainkan secara permainan di dalam gelanggang tertutup kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih kecil. Pada mulanya permainan ini dimainkan di dalam gimnasium di maktab-maktab, universitiuniversiti, YMCA dan Turnvereins sebelum ia beralih ke padang. 

Setiap pertubuhan menggubal peraturannya yang tersendiri dan variasi permainan ini mempunyai pelbagai nama seperti :
• Diamond Ball Mush Ball
• Indoor Ball Playground Ball
• Kitten Ball Pumpkin Ball
• Recreation Ball
Liga sofbol yang pertama telah dianjurkan di Minneapolis, Minnesota pada tahun 1900. Pada tahun 1926, permainan itu diberi nama ‘Sofbol’ oleh Walter K. Hakenson dari YMCA, Denver.

Pada tahun 1927, Gladys E. Palmer dari Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika (APEA) telah menggubal undang-undang sofbol untuk perempuan (remaja dan dewasa). Pada tahun 1923, perwakilan daripada badan-badan yang berminat telah membentuk Jawatankuasa Undang-Undang Bersama (JRC) untuk menyelaras satu set undang-undang yang diguna pakai di peringkat kebangsaan.

Pada tahun 1933, Persatuan Sofbol Amatur Amerika (ASA) telah menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan buat julung kalinya di Chicago World’s Fair yang telah disertai oleh 20 pasukan. Pasukan wanita The Great Northerns dan pasukan lelaki J.L Boosters telah menjuarai kategori masing-masing.

Pada tahun 1934, satu peraturan rasmi sofbol telah digubal oleh JRC dan dicetak pada tahun 1937. Undang-undang tersebut menjadi asas kepada undang-undang yang diguna pakai sekarang. Sofbol mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 dan dibuka hanya pada pasukan wanita. Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000 menyaksikan 8 negara mengambil bahagian. Amerika Syarikat menjadi juara sofbol Sukan Olimpik pada tahun 2004 di Athens untuk kali ketiganya.

DASAR 1MURID 1SUKAN
Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.

MATLAMAT

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti
dalam kalangan murid.

Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

No comments:

Post a Comment